PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK B40 TAHUN 2022 / RUMAH RESIDENSI PRIHATIN KELUARGA MALAYSIA

PERMOHONAN RUMAH RESIDENSI PRIHATIN TAHUN 2022 

Untuk makluman umum, Residensi Prihatin Keluarga Malaysia merupakan program Perumahan Mampu Milik dalam kategori kos sederhana rendah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Ia diperkenalkan untuk membantu golongan berpendapatan rendah memiliki rumah di Wilayah Persekutuan. Pada masa ini, pelaksanaan pembangunan Rumah Mampu Milik di Wilayah Persekutuan memberikan fokus bagi kategori kos sederhana melalui Residensi Wilayah (RW) untuk golongan berpendapatan sederhana. Program baharu Residensi Prihatin Keluarga Malaysia ini, merupakan pelengkap kepada program sedia ada dalam usaha Kerajaan untuk membantu golongan yang kurang kemampuan untuk memiliki tempat tinggal yang selesa.

Residensi Prihatin Keluarga Malaysia adalah merujuk kepada Rumah Mampu Milik di Wilayah Persekutuan dengan harga jualan sehingga RM200,000 seunit dengan saiz rumah minima 750 kaki persegi. Penetapan sasaran Residensi Prihatin Keluarga Malaysia bagi tempoh tiga (3) tahun mulai 2021 - 2024 adalah sebanyak 10,000 unit di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Harga & Saiz Rumah

Harga jualan yang ditawarkan untuk rumah Residensi Prihatin adalah RM200,000 dengan saiz rumah minima 750 kaki persegi.

Saiz tersebut merangkumi:

  • 3 bilik tidur
  • 2 bilik air
  • Ruang Tamu
  • Dapur
  • Ruang Makan
  • 1 tempat letak kereta berbumbung (tidak termasuk dalam saiz rumah).

SYARAT KELAYAKAN 

  • Pemohon adalah warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas.
  • Keutamaan kepada pemohon yang lahir atau menetap atau bekerja di Wilayah Persekutuan.
  • Sekatan penjualan (moratorium) rumah tersebut adalah selama 10 tahun.
  • Pendapatan kasar isi rumah pemohon tidak melebihi RM5,000 sebulan.
  • Permohonan adalah untuk rumah pertama sahaja.
  • Pemohon hendaklah berdaftar di Portal Residensi Prihatin.
  • Jika pemohon sebelum ini telah memohon projek Residensi Wilayah (dahulunya di kenali RUMAWIP), mereka tidak boleh memohon projek Residensi Prihatin.

CARA PERMOHONAN 

  • Layari laman web https://residensiprihatin.kwp.gov.my/.
  • Klik butang ‘Daftar Minat.’
  • Kemudian, klik butang ‘Saya Layak.’
  • Lengkapkan maklumat dan profil peribadi.
  • Pilih projek yang diminati.
  • Muat turun surat akuan sumpah dan tandatangan di hadapan Pesuruhjaya Sumpah.
  • Muat naik Dokumen Permohonan.
  • Sahkan profil dan dokumen sokongan tersebut.

DOKUMEN PERMOHONAN YANG DIPERLUKAN 

1. Pemohon

  • Surat Akuan Sumpah
  • Salinan kad pengenalan pemohon (MyKad) dan Sijil Kelahiran Pemohon bagi Projek Bumiputera Lot/Tanah Rizab Melayu sahaja.
  • 3 bulan Penyata Gaji Terkini pemohon atau penyata bank 3 bulan terkini bagi permohonan tiada slip gaji atau tidak bekerja.
  • Penyata KWSP terkini pemohon dan sejarah pengeluaran (wajib jika gaji pemohon tiada potongan KWSP atau Penyata Cukai Pendapatan Pemohon bagi permohonan yang tiada KWSP.
  • Surat Pengesahan Majikan Terkini pemohon atau Sijil Pendaftaran Syarikat bagi yang bekerja sendiri (jika mempunyai syarikat).
  • Bil elektrik terkini dan bil air tempat tinggal atau dokumen lain sebagai bukti alamat kediaman.
  • Salinan kad OKU pemohon (jika berkaitan).
  • Salinan Geran/Salinan Perjanjian Jual Beli (S&P) harta yang dimiliki (pemohon dan atau pasangan) (jika berkaitan).
2. Pasangan
  • Penyata KWSP terkini pasangan dan sejarah pengeluaran (wajib jika gaji pemohon tiada potongan KWSP atau Penyata Cukai Pendapatan Pemohon bagi permohonan yang tiada KWSP.
  • 3 bulan Penyata Gaji Terkini pasangan atau penyata bank 3 bulan terkini bagi permohonan tiada slip gaji atau tidak bekerja.
  • Salinan kad pengenalan pasangan (MyKad) atau passport pasangan.
  • Surat Pengesahan Majikan Terkini pasangan atau Surat Akuan Sumpah suami sekiranya tidak bekerja atau Sijil Pendaftaran Syarikat bagi yang bekerja sendiri (jika mempunyai syarikat).
  • Sijil kelahiran/MyKid anak.
  • Salinan Kad OKU pasangan/anak (jika berkaitan).
  • Salinan Sijil Nikah/Sijil Perkahwinan/Surat Cerai/Sijil Kematian.
  • Salinan Perjanjian Jual Beli Tanah yang dimiliki pasangan/geran (jika berkaitan)

3. Penama Kedua (selain pasangan)
  • Salinan Surat Kelahiran pemohon dan penama kedua (bagi ibu/bapa/adik beradik).
  • Salinan Surat Kelahiran Penama Kedua.
  • Salinan Kad Pengenalan Penama Kedua.
  • 3 bulan Penyata Gaji Terkini penama kedua atau penyata bank 3 bulan terkini bagi penama kedua yang tiada slip gaji atau tidak bekerja.

INFO TAMBAHAN 

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai Residensi Prihatin boleh menghubungi melalui talian 03-8889 7640 atau email urusetiaresidensiprihatin@kwp.gov.my.

Pertanyaan lanjut mengenai Residensi Prihatin boleh melalui laman web https://residensiprihatin.kwp.gov.my/.

KREDIT : residensiprihatin.kwp.gov.my

Post a Comment

0 Comments