Permohonan Perajurit Muda Tentera Darat - MOHON SEBELUM 31 JULAI 2022



KEMASKINIJAWATANMALAYSIA.COM hanya menyiarkan iklan jawatan kosong untuk memudahkan permohonan anda. Untuk memohon sila ikut langkah seperti di bawah.Calon yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh majikan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan yang diiklankan seperti di bawah:

  • Nama Majikan : TENTERA DARAT MALAYSIA
  • Tarikh Tutup Permohonan : 31 Julai 2022
  • Kelayakan Akademik: SPM / SPVM / SKM TAHAP 2 / SKM TAHAP 3 / DIPLOMA PERUBATAN / DIPLOMA KEJURUTERAAN

SYARAT - SYARAT PERMOHONAN

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 18 tahun hingga tidak melebihi 25 tahun pada 31 Julai 2022 (Pengambilan Siri 196 2022).
  3. Penglihatan -Boleh melihat dengan jelas tanpa cermin mata atau kanta lekap
  4. Tidak rabun warna.
  5. Pendengaran - Tahap pendengaran yang baik tanpa alat bantuan pendengaran
  6. Memiliki tahap kecergasan jasmani yang tinggi.
  7. Taraf kesihatan - sihat, tidak cacat anggota badan, tidak pernah mengalami kecederaan serius seperti patah tulang, tidak menghidap penyakit lelah, tidak mempunyai penyakit kronik dan tidak mempunyai penyakit keturunan.


SYARAT - SYARAT FIZIKAL

Tinggi:

  • Ukuran Tinggi Minima Lelaki 1.62 m
  • Ukuran Tinggi Minima Wanita 1.57 m

Berat:

  • Berat Badan Minima Lelaki 47.5 kg
  • Berat Badan Minima Wanita 45.0 kg

Indeks Jisim Badan (BMI) :

Indeks Jisim Badan Lelaki dan Wanita Diantara 18.0 hingga 26.0

SYARAT AKADEMIK

Memiliki Sijil SPM/SPVM dan setaraf.
Keutamaan diberikan kepada pemohon yang memiliki KEPUJIAN seperti berikut:

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Sains
  • Matematik
  • Sejarah

KELAYAKAN TAMBAHAN

  1. Kelebihan mempunyai Sijil/Kemahiran dalam pelbagai bidang Sains & Teknologi.
  2. Pencapaian sukan peringkat negeri dan boleh bermain alat muzik/pancaragam.
  3. Kelebihan dalam penguasaan bahasa asing.

HANYA CALON YANG LAYAK AKAN DISENARAI PENDEK UNTUK MENGHADIRI UJIAN PEMILIHAN AKHIR

1. Pemeriksaan Kesihatan.

2. Ujian Kecergasan:
  • Larian 2.4 KM - 14 minit
  • Tekan Tubi - 40 kali
  • Bangkit Tubi - 45 kali
3. Ujian Bertulis:
  • Ujian Kecerdasan (IQ)
  • Ujian Psikologi
  • Ujian Fardhu Ain & Bacaan Al-Quran (Bagi Calon Beragama Islam)

SKIM GAJI KEMASUKAN KELAYAKAN AKADEMIK

  1. SPM - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan : RM1,459.00]
  2. SPVM - Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan : RM1,564.00]
  3. SKM TAHAP 2 - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,630.01]
  4. SKM TAHAP 3 - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,696.02]
  5. DIPLOMA PERUBATAN - Diploma dalam bidang perubatan atau kesihatan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,894.05]
  6. DIPLOMA KEJURUTERAAN - Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM2,026.07]

ELAUN

  • Elaun Sara Hidup
  • Elaun Khidmat
  • Bayaran Insentif Khas
  • Elaun Kepakaran
  • Elauan Imbuhan Perumahan
  • Elaun Perjalanan

KEMUDAHAN

  • Pinjaman Perumahan/Kenderaan/Komputer
  • Rawatan Perubatan
  • Lembaga Tabung Angkatan Tentera
  • Insurans Kelompok Angkatan Tentera
  • Peluang melanjutkan pelajaran
  • Kemudahan Kediaman

CARA MEMOHON


1. Semua permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) dengan menggunakan pautan di:

2. Calon harus memahami syarat kelayakan yang telah ditetapkan terlebih dahulu sebelum memohon bagi memastikan syarat-syarat kelayakan dipatuhi.

3. Hanya satu (1) permohonan sahaja dibenarkan untuk setiap calon.

4. Sila pastikan maklumat anda di isi dengan lengkap dan sempurna sebelum dihantar.

5. Calon yang layak ke Pemilihan Akhir akan dimaklumkan melalui akaun Pendaftaran Baru/ Daftar Masuk yang telah didaftarkan.

PANDUAN MENDAFTAR ONLINE


1. Tekan (Click) pautan (link) seperti berikut:

2. Isi maklumat penuh seperti berikut tanpa sebarang kesilapan:
  • NAMA PENUH
  • NO KAD PENGENALAN
  • JANTINA
  • NO TELEFON (Boleh dihubungi)
  • EMAIL (Aktif)
  • KATA LALUAN (Pastikan anda tidak terlupa Kata Laluan)
  • Tekan (Click) DAFTAR
(Pastikan email yang digunakan masih aktif kerana sebarang maklumat akan dihantar ke alamat email yang diberikan)

3. Log Masuk menggunakan No Kad Pengenalan, Email dan Kata Laluan (Yang Anda Daftarkan).

4. Isi Maklumat Peribadi yang diperlukan dalam Borang Permohnan menggunakan HURUF BESAR.

5. Setelah maklumat lengkap diisi, calon perlu tekan (click) butang HANTAR.

6. Untuk membuat SEMAKAN, calon boleh membuat semakan status permohonan di bahagian SEMAK STATUS PERMOHONAN di akaun yang telah anda daftarkan.

MAKLUMAT LANJUT

1. Layari laman sesawang rasmi dan media sosial rasmi Tentera Darat di:
Laman Sesawang Rasmi - https://army.mil.my
Facebook Rasmi - https://www.facebook.com/TenteraDaratMY
Instagram Rasmi - https://www.instagram.com/tenteradarat/?hl=en
Twitter Rasmi - https://twitter.com/tenteradarat
Tik Tok Rasmi - https://www.tiktok.com/@tenteradaratmy

2. Alamat Surat Menyurat:Sel Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat, Cawangan Sumber Manusia, Markas Tentera Darat 2, Wisma Pertahanan, Jalan Padang Tembak, 50634 Kuala Lumpur
Tel: 019-4396322 | 018-7624775
Email: selpengambilandarat@gmail.com

Kredit Portal Tentera Darat Malaysia

Post a Comment

0 Comments