Download Borang Permohonan Bantuan Khas COVID-19 RM100 Sehari - Kemaskini Jawatan Malaysia

Breaking

Display Ads

JOIN TELEGRAM

Newsletter

Saturday, 21 March 2020

Download Borang Permohonan Bantuan Khas COVID-19 RM100 Sehari

Download Borang Permohonan Bantuan Khas COVID-19 RM100 Sehari



Tahukah anda selain bantuan RM600 sebulan, kerajaan melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara atau NADMA turut menyediakan bantuan khas COVID-19 sebanyak RM100 sehari.
Namun bantuan ini hanya untuk mereka yang kehilangan sumber pendapatan / tiada gaji sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.
Berikut dikongsikan garis panduan permohonan bantuan khas tersebut.

SYARAT KELAYAKAN

Bantuan ini hanya khas untuk mereka yang:

  • Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342)
  • Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran COVID- 19
Anda tidak layak memohon bantuan ini sekiranya berada dalam kategori berikut:
  1. Bukan Warganegara Malaysia
  2. Tiada pekerjaan sebelum dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian
  3. Mempunyai pendapatan atau menerima gaji dalam tempoh Pengawasan dan Pemerhatian / menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran COVID-19
Kadar bantuan adalah sebanyak RM100 sehari sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan atau sepanjang tempoh warded.
Bantuan ini akan diberikan secara one-off (sekali sahaja) dalam tempoh penularan jangkitan Covid-19 dan tidak akan diberikan bagi kes yang berulang.

CARA MEMOHON

Permohonan perlu dilakukan secara manual dengan memuat turun beberapa dokumen berikut:
  • Borang Permohonan Bantuan Khas Covid19 (Lampiran A)
  • Borang Akuan Kehilangan Pendapatan (Lampiran B)
  • Surat Perwakilan Kuasa Kepada Waris (Lampiran C) *jika tiada akaun bank
Borang-borang tersebut boleh dimuat turun di portal rasmi NADMA.
Permohonan yang telah lengkap perlu dipos ke alamat di bawah:
Ketua Pengarah
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Jabatan Perdana Menteri
Aras 7, Blok D5, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA
(u.p. : Sekretariat KWABBN)

DOKUMEN SOKONGAN

Selain itu, pemohon perlu juga mengemukakan beberapa dokumen sokongan seperti berikut:
  • Borang Permohonan Bantuan Khas Covid19 seperti di Lampiran A. (Dokumen Asal)
  • Salinan kad pengenalan. (Salinan Diakui Sah)
  • Dokumen KKM (Salinan Diakui Sah):
  • Borang Akuan Kehilangan Pendapatan seperti di Lampiran B. (Dokumen Asal)
  • Salinan penyata bank / muka depan buku akaun.** (Salinan Diakui Sah)
Bagi pemohon yang tiada akaun bank, anda perlu memberikan salinan penyata bank / muka depan buku akaun bank waris bersama-sama dengan surat perwakilan kuasa kepada waris seperti di Lampiran C serta salinan kad pengenalan waris yang diakui sah.
Untuk dokumen sokongan KKM, bagi pemohon yang di bawah perintah pengawasan / pemerhatian, sila sediakan dokumen berikut:
  1. Salinan Borang Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 DiBawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988(Akta 342) yang telah disahkan oleh KKM; dan
  2. Salinan Borang pelepasan dari menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian dirumah kediaman bagi kontak jangkitan Covid-19 di bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342);
Manakala bagi pemohon yang warded akibat COVID-19, anda perlu menyediakan Sijil Cuti Sakit yang dikeluarkan oleh Hospital yang dibenarkan oleh KKM untuk merawat Covid-19.

PEMBAYARAN BANTUAN KHAS COVID-19 NADMA

Bayaran bantuan khas akan dibuat secara Electronic Fund Transfer (EFT) kepada pemohon yang layak dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen permohonan yang lengkap.
Perlu diingatkan, pihak NADMA berhak untuk memutuskan jumlah bantuan berdasarkan dokumentasi yang dikemukakan atau menolak permohonan yang tidak menepati syarat-syarat yang ditetapkan.
Kredit: semakanonline.com

10 comments:

  1. Bagaimana dengan pekrja buruh seperti suami saya.. x layak ke menerima bantuan khas sempena cuti covid19.. suami saya pemautautin tetap.. tapi iatri dan anak2nya warganegara.. klu cuti berlarutan.. kami nk makan apa.. sbb suami saya di cutikan tanpa hidup gajinya..

    ReplyDelete
  2. Sama le.sy..keje tukang rumah..

    ReplyDelete
  3. Saya peniaga pasar boleh ke mohon x berniaga.camana nak hilang punca pendapatan dan putus bekalan makanan

    ReplyDelete
  4. Saya bekerja sebagai pemandu van pelancongan tp xbedaftar. Macamna saya dan juga rakan2 seperjuangan saya boleh mendapatbantuan sara hidup. Sebab sejak dr bulan 1 income kami adalah rm0 dh hampir 3bulan.bagaimana cara atau kepada siapa kami harus mohon bantuan atau pertolongan. (01115265676)

    ReplyDelete
  5. Saya bawa van pelancongan persendirian dr blan january sampai sekarang pendapatan kami terjejas. Pendapatan dr january hingga sekarang rm0.. Bagaimana cara kami nk mohon bantuan

    ReplyDelete
  6. Pohon perhatian dgn bantuan..kami amat perlukan.

    ReplyDelete
  7. saya kerja buruh binaan gaji hari saja,ada kerja ada lah gaji,nie dh berapa lama di perintah kawalan pergerakan langsung tk ada gaji

    ReplyDelete
  8. Sya berkja buruh...spajang covin19 ini...perintah bekurung..sya tdak dpat trun kerja ...dan tidak ada gaji..macam mana ini

    ReplyDelete
  9. Sya berkja buruh...spajang covin19 ini...perintah bekurung..sya tdak dpat trun kerja ...dan tidak ada gaji..macam mana ini

    ReplyDelete
  10. Sy berkerja buruh.. Hilang sumber pendapatan

    ReplyDelete