PERMOHONAN BANTUAN WARGA EMAS RM500 SEBULAN


Tahukah anda, Bantuan Warga Emas ini merupakan satu inisiatif khas yang diwujudkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPKM). Objektif penubuhan adalah untuk membantu memenuhi keperluan asas (basic needs) bagi meringankan beban penerima bantuan.
KEMASKINIJAWATANMALAYSIA.COM hanya menyiarkan iklan jawatan kosong untuk memudahkan permohonan anda. Untuk memohon sila ikut langkah seperti di bawah.

KADAR BANTUAN DIBERI 

RM500 sebulan seorang.

TUJUAN BANTUAN DIBERI 

Bantuan ini diberikan kepada warga emas untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.

KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS

1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
2. Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas;
3. Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata
Miskin Per Kapita Semasa; dan
4. Warga emas yang bukan tinggal di:
i. Institusi kendalian JKM; atau
ii. Pusat jagaan harian/ berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma;
ATAU
1. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 - jadual kesembilan Senarai Perundangan.

CARA PERMOHONAN BANTUAN 

Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti salinan Kad Pengenalan diri pemohon, salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama, salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama, salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.

BORANG YANG BERKAITAN
JKM 18 Borang Permohonan Bantuan
JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan

KREDIT : jkm.gov.my 

 
 

Post a Comment

0 Comments