PERMOHONAN RUMAH SEWA PPR RM 124 SEBULAN



PERMOHONAN RUMAH SEWA PPR RM 124 SEBULAN 

Untuk makluman umum, Program Perumahan Rakyat adalah satu program Kerajaan untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah. Jabatan Perumahan Negara dibawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan adalah agensi pelaksana utama bagi projek-projek PPR di seluruh Malaysia. PPR terdiri daripada 2 kategori iaitu PPR Disewa dan PPR Dimiliki. Semua rumah yang dibina di bawah kedua-dua program PPR Dimiliki dan PPR Disewa akan menggunakan spesifikasi perancangan dan rekabentuk perumahan kos rendah yang ditetapkan dalam Standard Perumahan Kebangsaan Bagi Perumahan Kos Rendah Rumah Pangsa (CIS2).

PROJEK PPR (DISEWA)

Program PPR Disewa telah diperkenalkan pada Februari 2002 bertujuan untuk disewakan kepada golongan sasaran (golongan yang berpendapatan rendah dan setinggan) pada kadar RM124.00 sebulan.

CIRI-CIRI RUMAH SEWA PPR

  1. Kawasan bandar-bandar besar: Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat
  2. Kawasan pinggir bandar: Jenis rumah teres
  3. Keluasan: Tidak kurang daripada 700 kaki persegi
  4. Binaan - 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik Air

KEMUDAHAN ASAS RUMAH SEWA PPR

  1. Dewan Komuniti/Ruang Orang Ramai
  2. Surau/Ruang Solat
  3. Gerai Makan/Ruang Niaga
  4. Tadika
  5. Kemudahan OKU
  6. Taman Permainan/Kawasan Lapang
  7. Rumah Sampah

SYARAT PERMOHONAN RUMAH SEWA PPR 

  1. Pemohon dan pasangan Warganegara Malaysia
  2. Berumur 18 tahun ke atas
  3. Pendapatan isi rumah di bawah RM3000 sebulan
  4. Pemohon dan pasangan tidak pernah memiliki rumah
  5. Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri

CARA MEMOHON PROGRAM RUMAH SEWA PPR 

Permohonan Secara Manual

Kepada sesiapa yang ingin membuat permohonan secara manual, sila hubungi Bahagian Perancangan & Pembangunan Projek PPR untuk setiap negeri disini KLIK DISINI

Permohonan Secara Online

Sila layari laman web rasmi KLIK DISINI

INFO TAMBAHAN 




Post a Comment

1 Comments