Informasi
Cara Mohon Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Untuk Bujang RM350
Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah sebuah bantuan tunai yang diberikan khas kepada golongan yang memerlukan. Tujuan bantuan ini adalah untuk meringankan beban dan kos sara hidup yang dihadapi oleh rakyat Malaysia.
Kadar Bantuan Yang Diberikan
Berikut adalah jumlah bantuan yang akan diberikan kepada BujangBujang Pendapatan RM2,500 dan ke bawah:
- RM350
Syarat Kelayakan Untuk Penerima Bujang
Berikut adalah syarat kelayakan untuk penerima BKM bujang:- Bujang atau ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat
- Had umur adalah 21 - 59 tahun
- Pendapatan bujang adalah RM2,500 dan ke bawah
Tarikh Pembayaran BKM
Setakat ini tiada tarikh terperinci bilakah pembayaran BKM 2022 akan dilaksanakan. Kami akan kongsikan tarikh pembayaran daripada semasa ke semasa.Cara Membuat Permohonan
Data penerima BPR 2021, BKC B40 dan data pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima GKP akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk semakan kelayakan.Namun begitu, permohonan baharu BKM perlu dibuat sekiranya tiada rekod dalam pangkalan data sedia ada LHDNM manakala bagi penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat, kemas kini hendaklah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan.
Post a Comment
0 Comments