Bantuan Warga Emas RM500 Sebulan – Mohon Untuk Ibu Bapa
Untuk makluman umum, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang mengurus bantuan untuk warga emas di Malaysia. Kemaskinijawatanmalaysia.com hanya menyiarkan untuk memudahkan permohonan anda.Untuk memohon sila ikut prosedur yang disediakan.
TUJUAN BANTUAN WARGA EMAS
Tujuan Bantuan ini diberikan kepada warga emas adalah untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti. Kadar bantuan diberikan adalah RM 500 sebulan seorang untuk warga emas yang telah berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS
Antara kriteria kelayakan untuk memohon adalah seperti berikut :
1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
2. Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas;
3. Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata
Miskin Per Kapita Semasa; dan
4. Warga emas yang bukan tinggal di:
i. Institusi kendalian JKM; atau
ii. Pusat jagaan harian/ berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma;
ATAU
1. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.
CARA UNTUK PERMOHONAN
Layari laman web Bantuan JKM 2021● Sila klik pada butang daftar permohonan
● Masukkan negeri tempat tinggal dan nombor kad pengenalan
● Setelah selelsai, klik butang daftar
● Dalam masa 14 hari, sila ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat yang berhampiran.
● Senarai direktori pejabat boleh dirujuk Di SINI
● Sila bawa bersama segala dokumen yang diperlukan.
INFO TAMBAHAN
Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti
- salinan Kad Pengenalan diri pemohon
- salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
- salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
- salinan penyata gaji (jika ada)
- dan lain-lain dokumen yang berkaitan.
BORANG YANG BERKAITAN
JKM 18 Borang Permohonan Bantuan
JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh layari https://www.jkm.gov.my/jkm/index.php
Post a Comment
0 Comments