Semakan status rayuan BPR mulai 18 September 2021


Semakan status kelulusan rayuan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) boleh dibuat mulai 18 September 2021, membabitkan hampir 200,000 penerima dengan anggaran peruntukan sebanyak RM240 juta

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan rayuan BPR pada penghujung bulan ini bersama dengan penerima bayaran BPR Fasa 3.

Kerajaan juga berharap agar bantuan ini serba sedikit dapat membantu dan menampung menguruskan perbelanjaan harian keluarga orang Malaysia terutamanya B40.


Cara Semakan Status Rayuan BPR


Untuk semakan status keputusan rayuan BPR anda, sila klik di pautan berikut dan login :


https://bpr.hasil.gov.my/Account/Login

Masukkan MyKad & Kata Laluan anda.

Paparan status keputusan rayuan anda akan dipaparkan sama ada lulus ataupun gagal.


Post a Comment

0 Comments