INFO SEMASA
BANTUAN PERANTISAN KHAS UNTUK GOLONGAN BELIA YANG TIDAK BEKERJA SEBANYAK RM800
Para belia yang masih belum mempunyai pekerjaan adalah digalakkan untuk memohon Program Perantisan PERKESO yang dilaksanakan di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa).
Namun, Program Perantisan PERKSEO dibawah Pemerkasa telah ditambah baik bagi tempoh 6 bulan bagi memastikan latihan yang diberikan lebih panjang dan mencukupi.
INSENTIF PROGRAM PERANTISAN
Berikut adalah maklumat tentang insentif & tarikh permohonan program :
Program Perantisan Asal (PenjanaKerjaya 2.0)
- Tempoh : 3 bulan
- Jumlah Insentif : RM1,000
- Tarikh Permohonan : -
- Tempoh : 6 bulan
- Jumlah Insentif : RM800
- Tarikh Permohonan : 1 April 2021
Program Perantisan PERKESO Pemerkasa (Lanjutan daripada Perantisan Asal)
- Tempoh : 3 bulan + 3 bulan lanjutan
- Jumlah Insentif : RM1,000 (3 bulan pertama) / RM600 (3 bulan lanjutan)
- Tarikh Permohonan : 15 April 2021
SYARAT PERMOHONAN
SYARAT MAJIKANSyarat permohonan yang dikenakan adalah seperti berikut:
- Majikan yang menggajikan seseorang graduan atau lepasan sekolah yang berumur di antara 18–30 tahun.
- Majikan boleh menggajikan mana–mana Perantis yang mengikuti Program Perantisan yang dilaksanakan oleh syarikat dan badan-badan berkanun yang diasingkan saran daripada Sistem Saraan Kerajaan.
SYARAT PERANTIS
Syarat permohonan yang dikenakan adalah seperti berikut:- Calon yang digajikan hendaklah merupakan dari kalangan lepasan sekolah; atau
- Graduan yang masih menganggur dan tidak mempunyai pekerjaan yang tetap.
SYARAT KELAYAKAN
Majikan juga perlu memenuhi syarat kelayakan seperti :- Majikan yang mengambil perantis di bawah PenjanaKerjaya layak memohon untuk pekerjanya menjalani latihan semula atau peningkatan kemahiran berdasarkan keperluan pekerjaan atau perusahaan berkenaan.
- Hanya kursus yang dikenalpasti bersesuaian dengan keperluan industri akan diluluskan.
- Setiap perantis yang tersenarai di bawah PenjanaKerjaya 2.0 hanya boleh mengikuti 1 kursus sahaja.
Kepada yang tidak layak memohon program ini adalah seperti berikut:
- Syarikat yang mengambil pelajar menjalani Latihan Industri (Internship).
- Pelajar yang masih belum tamat pengajian.
- Bukan warganegara Malaysia
CARA MEMOHON PROGRAM PERANTISAN
MajikanMajikan perlu membuat permohonan seperti berikut:
1. Daftar dan iklankan kekosongan bagi pengambilan perantis di portal MYFutureJobs di laman sesawang
myfuturejobs.gov.my
2. Buat permohonan insentif di laman sesawang
penjanakerjaya.perkeso.gov.my
Perantis
Perantis perlu membuat permohonan seperti berikut:
1. Memohon pekerjaan di bawah Program Perantisan PERKESO melalui laman sesawang
myfuturejobs.gov.my
Post a Comment
0 Comments