PERMOHONAN RAYUAN BANTUAN PRIHATIN RAKYAT (BPR) 2021 BAGI GOLONGAN YANG BERSTATUS TIDAK LULUS/GAGAL




Bantuan Prihatin Rakyat diperkenalkan oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) menerusi pembentangan Belanjawan (Bajet) Malaysia 2021. BPR merupakan inisiatif bantuan tunai bersasar yang akan memanfaatkan golongan B40 iaitu sebanyak 8.4 juta penerima yang layak dengan peruntukan RM1.93 bilion.


Semua pemohon yang layak akan menerima bayaran BPR Fasa 2 masing-masing bermula pada 7 Mei 2021 sehingga 17 Mei 2021 ini secara berperingkat. Kini, Fasa 2 BPR memanfaatkan jumlah penerima yang sama merangkumi 3.6 juta isi rumah, 1.0 juta warga emas (bujang/tiada pasangan) dan 3.8 juta individu bujang yang melibatkan peruntukan berjumlah RM2.75 bilion.


Dibawah akan dikongsikan cara membuat rayuan mengenai pemohon yang mendapat status Tidak Lulus/Gagal selepas membuat permohonan bantuan BPR Fasa 2.

TARIKH PERMOHONAN RAYUAN BPR

Tempoh tarikh permohonan rayuan bantuan BPR 2021 akan dibuka pada :

  • 15 Jun 2021 hingga 30 Jun 2021

CARA BUAT PERMOHONAN RAYUAN BPR 2021

Permohonan rayuan BPR 2021 yang akan dibuka bermula pada 15 Jun 2021 nanti, boleh dibuat melalui laman web berikut :


Dengan adanya proses ini, sebahagian daripada mereka yang telah ditolak permohonannya masih diberi peluang untuk mengemukakan rayuan beserta dokumen yang berkaitan untuk disemak semula oleh LHDNM bagi memastikan program BPR disasarkan kepada mereka yang benar-benar layak.

Post a Comment

0 Comments