Permohonan Rumah Mampu Milik Khusus Untuk B40 Dalam Portal TEDUH



Jabatan Perumahan Negara telah menyediakan satu platform perumahan Negara untuk memudahkan pemohon untuk meninjau dan memohon rumah khususnya untuk golongan B40.

Portal TEDUH merupakan laman web yang memaparkan maklumat berkaitan projek-projek dan program perumahan awam dan swasta di Malaysia dan menjadi gerbang "One-Stop Centre" kepada pemohon yang ingin memohon program perumahan di bawah seliaan Jabatan Perumahan Negara KPKT.

SYARAT DAN KELAYAKAN


SKIM PPR DISEWA


  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 18 tahun ke atas
  3. Pendapatan isi rumah di bawah RM3000 sebulan
  4. Pemohon belum memiliki rumah
  5. Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri

SKIM PPR DIMILIKI


  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 18 tahun ke atas
  3. Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan
  4. Pemohon belum memiliki rumah
  5. Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri

PEMOHON SKIM PRIMA


  1. Warganegara Malaysia
  2. Bujang / Berkahwin atau Berumur 21 tahun ke atas
  3. Prima ada pembelian rumah Pertama atau Kedua
  4. Pendapatan isi rumah RM15,000 ke bawah


CARA PERMOHONAN

Berikut dikongsikan cara untuk membuat permohonan TEDUH:-

Pendaftaran Akaun Pemohon


Sebelum permohonan dibuat, pemohon hendaklah memibuat pendaftaran akaun terlebih dahulu. Jika anda pernah mendaftar akaun sebelum ini, pendaftaran tidak perlu dibuat lagi. Berikut adalah langkah ringkas untuk mendaftar akaun pemohon :

1. Daftar akaun di : KLIK SINI
2. Isikan semua maklumat yang diperlukan (Nama, No Kad Pengenalan, Alamat E-mel)

Buka Emel


  • Pastikan emel yang telah didaftarkan adalah betul dan masih aktif
  • Pemohon akan menerima emel sejurus melakukan pendaftaran di sprn
  • Klik pautan yang diberikan untuk membuat pengesahan dan pemohon akan diminta untuk masukkan password.
  • Pastikan password yang diisi harus diingat

Pemilihan Skim


1. Pilih skim yang diinginkan (Setakat ini, Skim PPR Dimiliki dan PPR Disewa sahaja yang tersedia)
2. Pastikan pemohon membaca semua syarat-syarat yang diperlukan
3. Isikan semua maklumat yang diperlukan

Dokumen Sokongan



1. Muatnaik semua dokumen yang diperlukan
2. Pastikan dokumen yang dimuatnaik adalah format PDF dan saiz fail tidak melebihi 3MB.

Pengesahan


Setelah muatnaik semua dokumen, pemohon boleh membuat pengesahan permohonan



Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk sebarang pertanyaan lanjut berkaitan permasalahan dalam membuat permohonan, sila hubungi :

Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 30-38, No. 51 Persiaran Perdana, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Presint 4,
62100 Putrajaya

Tel: 03-8891 4475/ 03-8891 4200

Emel: teduh@kpkt.gov.my

MyHome Tel: 03-8891 4027 / 4054 / 4055 / 4062

PPR Tel: 03-8891 4052 / 4059 / 4384

Rumah Transit Tel: 03-8891 4052 / 4061 / 4400

Post a Comment

0 Comments