Iklan Jawatan Kosong Maktab Rendah Sains Mara Baling


Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan secara Sambilan di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Baling Kedah Darul Aman sepertimana berikut.

1. Guru Matematik
2. Guru Pendidikan Islam
  • Taraf jawatan : Sambilan
  • Jabatan : Maktab Rendah Sains MARA Baling
  • Jadual gaji : Gred DG41 (Sambilan) RM 100 sehari

Cara Memohon

a) Mengemukakan surat permohonan beserta resume, salinan kad pengenalan, sijil SPM, scroll dan transkrip Ijazah Sarjana Muda yang disahkan beserta 2 keping gambar berukuran passport.

Permohonan boleh dihantar secara emel atau bertulis seperti alamat berikut :-

Email: infomrsm_baling@mara.gov.my

Atau ke alamat :

Pengetua
Maktab Rendah Sains MARA Baling,
Kg Sera, Mukim Pulai,
09100 Baling, Kedah Darulaman.


b) Sill asal hendaklah dikemukakan pada hari lemuduga.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 21 Jun 2023 (Rabu).

Cara Pelaksanaan

1. Semua permohonan yang diterima akan ditapis dan disaring berasaskan kepada kriteria-kriteria tertentu yang telah ditetapkan.

2. Hanya calon-calon yang telah melepasi saringan akan dipanggil menghadiri temuduga.

3. Calon yang berjaya dalam temuduga sahaja akan dihubungi dan calon yang tidak menerima panggilan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh temuduga adalah dianggap tidak berjaya.

Post a Comment

0 Comments