Jawatan Kosong Tentera Darat Malaysia (TDM) 2023 ~ Perajurit Muda Tentera Darat Malaysia (Lelaki) Siri 198


KEMASKINIJAWATANMALAYSIA.COM hanya menyiarkan iklan jawatan kosong untuk memudahkan permohonan anda. Untuk memohon sila ikut langkah seperti di bawah.
Calon yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh majikan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan yang diiklankan seperti di bawah.

MAKLUMAT JAWATAN KOSONG:

1. Perajurit Muda Tentera Darat Lelaki Siri 198 Tahun 2023
  • Nama Majikan : Tentera Darat Malaysia (TDM)
  • Kelayakan Minima: SPM & Setaraf
  • Tarikh Tutup: 30 April 2023
--------------------------------------------------------------------
INFO LANJUT JAWATAN KERAJAAN: KLIK SINI
--------------------------------------------------------------------

Syarat Akademik

  • Memiliki Sijil SPM/SPVM dan setaraf.
Keutamaan diberikan kepada pemohon yang memiliki KEPUJIAN seperti berikut:
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Sains
  • Matematik
  • Sejarah

Kelayakan Tambahan

  • Kelebihan mempunyai Sijil/Kemahiran dalam pelbagai bidang Sains & Teknologi.
  • Pencapaian sukan peringkat negeri dan boleh bermain alat muzik/pancaragam.
  • Kelebihan dalam penguasaan bahasa asing.

Syarat Asas Permohonan

  • Warganegara Malaysia. Maklumat anda akan disemak di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
  • Berumur 18 tahun hingga tidak melebihi 25 tahun pada tarikh Angkat Sumpah.
Penglihatan
  • Boleh melihat dengan jelas tanpa cermin mata atau kanta lekap
  • Tidak rabun warna
Pendengaran
  • Tahap pendengaran yang baik tanpa alat bantuan pengdengaran
Fizikal
  • Memiliki tahap kecergasan jasmani yang tinggi.Taraf kesihatan
  • Sihat, tidak cacat anggota badan, tidak pernah mengalami kecederaan serius seperti patah tulang, tidak menghidap penyakit lelah, tidak mempunyai penyakit kronik dan tidak mempunyai penyakit keturunan.

Syarat Fizikal

Tinggi :
  • Ukuran Tinggi Minima Lelaki 1.62 m
  • Ukuran Tinggi Minima Wanita 1.57 m
Berat :
  • Berat Badan Minima Lelaki 47.5 kg
  • Berat Badan Minima Wanita 40.5 kg
Indeks Jisim Badan (BMI) :
  • Indeks Jisim Badan Lelaki dan Wanita Diantara 18 hingga 26.9

Kelayakan Akademik

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan : RM1,564.00]

SVM - Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan : RM1,564.00]

SKM TAHAP 2 - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,630.01]

SKM TAHAP 3 - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,696.02]

SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA
- Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan: RM1,762.03]

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA - Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan mendapat prinsipal dalam subjek Syariah,Usuluddin atau Bahasa Arab pada peringkat peperiksaan tersebut atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan: RM1,762.03]

DIPLOMA TAHFIZ AL-QURAN/ PENGAJIAN ISLAM - Diploma dalam bidang Tahfiz Al-Quran atau Pengajian Islam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,828.04]

DIPLOMA KEJURUTERAAN - Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM2,026.07]

SYARAT WAJIB - Subjek Bahasa Malaysia ATAU Sejarah Sijil (SPM/SVM) mesti lulus kedua-duanya. Sekiranya GAGAL salah satu Subjek (Bahasa Malaysia ATAU Sejarah) anda tidak LAYAK atau GAGAL secara automatik.

Peringatan : Segala maklumat anda akan disemak dengan Jabatan Peperiksaan, segala maklumat yang tidak benar akan ditolak secara automatik.

Cara Memohon

Calon yang berminat serta berkelayakan hendaklah membuat permohonan jawatan secara atas talian (online), sila kepautan yang diberikan di bawah.

Sebarang pertanyaan atas masalah sila hubungi:

Sel Pengambilan Perajurit Muda Tentera darat Malaysia
No. Tel : 03-40140470 / 03-40140467 (Isnin-Jumaat, jam 9.00 pg - 4.00 ptg.)

Permohonan jawatan TDM secara online disini

Post a Comment

0 Comments