Pendaftaran Murid Tahun 1 Ke Sekolah KPM Sesi 2023/2024 Secara Online Kini Dibuka


Perhatian ibu bapa atau penjaga yang nak daftarkan anak Darjah 1 ke sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)! KPM kini telah maklumkan tarikh dan kaedah pendaftaran anak ke sekolah bagi kemasukan Darjah 1. Murid warganegara dan bukan warganegara yang layak, yang genap berumur enam tahun pada tahun semasa persekolahan adalah layak memohon ke Tahun 1.

Ibu bapa dan penjaga diminta ambil maklum tarikh pendaftaran yang telah dinyatakan. Pendaftaran pada tarikh yang ditetapkan boleh dibuat melalui 2 kaedah iaitu sama ada secara online atau secara manual

Berikut telah kami kongsikan maklumat berkaitan dengan cara untuk mendaftar Tahun 1 sesi 2023 / 2024 melalui permohonan online di laman web yang tertera
https://public.moe.gov.my/.


SYARAT PENDAFTARAN TAHUN 1 BAGI SESI 2023 / 2024

  • Murid Tahun 1 Sesi 2023 : Lahir pada 2 Januari 2016 hingga 1 Januari 2017.
  • Murid Tahun 1 Sesi 2024 : Lahir pada 2 Januari 2017 hingga 1 Januari 2018.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

  • Sijil lahir murid.
  • Sijil Nikah/Sijil Daftar Kahwin
  • Kad pengenalan ibu bapa/Penjaga murid
  • Sijil Cerai dan sijil hak jagaan anak (jika berkenaan).
  • Buku Rekod Kesihatan Murid (tarikh imunisasi/suntikan).
  • Bil Utiliti: SYABAS/TNB/ASTRO/TELEFON (Sebagai bukti alamat tempat tinggal).
  • Borang permohonan Tahun 1 (yang dicetak selepas mengisi maklumat secara online).

TARIKH PERMOHONAN

  • Tarikh Mula : 1 Mac 2022
  • Tarikh Tutup : 30 April 2022
  • Tarikh Rayuan : 1 Ogos - 31 Ogos 2022
  • Keputusan Rayuan : 1 Oktober 2022
  • CARA PENDAFTARAN TAHUN 1 SESI 2023/2024

Cara untuk melakukan sebarang pendaftaran adalah seperti yang berikut:

  • Pergi portal SPATKPM.
  • Kemudian, klik 'Pengguna Baharu'.
  • Tekan 'Daftar Pengguna'.
  • Klik 'Daftar'.
  • Selanjutnya, isikan maklumat yang dikehendaki untuk mendaftar.
  • Setelah berjaya mendaftar masuk, teruskan permohonan dan klik pada menu Tahun 1.
  • Klik 'Permohonan Baharu'.
  • Nombor MyKid hendaklah dimasukkan sebagai ID pengenalan murid untuk mendaftar.
  • Maklumat berikut hendaklah dilengkapkan:
               - Maklumat berkaitan murid
               - Maklumat berkaitan kesihatan
               - Maklumat berkaitan penjaga

  • Setelah selesai, tekan butang 'Simpan' dan 'Seterusnya'.
  • Untuk membuat pengemaskinian sebelum membuat perakuan, pergi ke ruang 'Semak Permohonan'.
  • Setelah selesai membuat kemaskini maklumat-maklumat berkaitan, pergi ke menu 'Perakuan'.
  • Setiap maklumat hendaklah disemak terlebih dahulu sehingga diyakini tepat pada menu 'Perakuan' dan klik 'Peraku Benar' dan 'Hantar' di bahagian paling bawah menu.
  • Paparan akan menunjukkan status permohonan.
  • Pengguna boleh mencetak surat permohonan sekolah dan surat persetujuan kesihatan untuk tujuan rujukan.

Post a Comment

0 Comments