BANTUAN DEPOSIT PERUMAHAN RM10,000 UNTUK GOLONGAN B40 DAN M40 2022

BANTUAN DEPOSIT PERUMAHAN RM10,000 UNTUK GOLONGAN B40 DAN M40

Tahukah anda bahawa Skim Bantuan Deposit Perumahan yang ditawarkan kepada golongan B40 dan M40 di Sarawak adalah satu kaedah untuk membantu pemilikan kediaman sendiri setelah ramai terjejas akibat COVID-19. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Menteri Sarawak, skim ini diperkenalkan dan dilaksanakan di bawah Belanjawan Negeri 2022. Skim ini turut akan memanfaatkan kira-kira 1,200 pemilik kediaman. Di bawah skim ini, bantuan sehingga RM10,000 akan disediakan kepada pemilik rumah pertama di bawah kategori B40 dan M40 bagi pembayaran deposit perumahan. Berikut merupakan maklumat penting yang harus diambil tahu sebelum membuat sebarang permohonan. 


OBJEKTIF BANTUAN

Skim Bantuan Deposit Perumahan (HDAS) yang ditawarkan untuk golongan B40 dan M40 adalah untuk:
  • Membantu golongan B40 dan M40 untuk memiliki kediaman sendiri selepas kehidupan terjejas susulan pandemik Covid-19
  • Membantu golongan B40 dan M40 yang tidak berupaya membuat simpanan ketika tempoh pandemik dan ingin memiliki rumah sendiri

JUMLAH BANTUAN DEPOSIT PERUMAHAN

Kerajaan negeri Sarawak melalui skim bantuan yang diurus oleh Mutiara Mortgage and Credit Sdn Bhd akan membayar:
  • Deposit rumah maksimum RM10,000 untuk pembelian rumah mampu milik
Jеnіѕ hаrtаnаh hаrgа murаh dalam lіngkungаn hаrgа RM50,400 – RM59,220,
  • hаrgа sederhana (RM80,000 – RM100,000),
  • Spektra Lite (RM100,000 – RM120,000),
  • Sреktrа Mеdіum (RM135,000 – RM168,000),
  • Spektra Pluѕ (RM150,000 – RM198,000),
  • Spektra Pеrmаtа (RM90,000 -160,000),
  • Sri Pеrtіwі (RM270,000 – RM295,000)

SYARAT KELAYAKAN MEMOHON 

Syarat kelayakan bagi permohon adalah seperti berikut:
  • Pembeli rumah pertama dalam kalangan B40 dan M40 yang membeli hartanah kediaman daripada pemaju yang diluluskan atau mahu membina rumah di atas tanah sendiri.
  • Kelayakan bagi B40 ialah dengan pendapatan RM3,729 dan ke bawah sebulan dan M40 (RM3,730-RM8,649).
  • Rakyat Sarawak dengan status tetap dan skim perumahan / projek tergolong di bawah HDAS.

CARA PERMOHONAN DILAKUKAN 

  • Permohonan untuk HDAS boleh dibuat melalui pemaju perumahan yang disenaraikan atau skim yang diluluskan oleh MUTIARA bagi pemilik tanah diperuntukkan oleh Jabatan Tanah dan Survei (JTS) di bawah Skim Pembesaran Kampung (SPK) dan Skim Penempatan Semula (SPS).
  • Prosedur permohonan dan pelaksanaan seperti mengemukakan dokumen kepada MUTIARA di alamat Mutiara Mortgage & Credit Sdn Bhd, Tingkat Bawah Sayap Kiri, Wisma Sultan Tengah, Taman Sukma, Jalan Sukma Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak di talian 082-313035.
ATAU

memohon menerusi pautan laman web berikut:

https://mutiaracredit.com.my/ms/

https://hdc.sarawak.gov.my/

KREDIT : viralsemasa.com

Post a Comment

0 Comments