[RASMI] : Bantuan Awal Persekolahan (BAP) KPM RM150 Untuk Golongan Keluarga B40


Dalam pembentangan Bajet 2022 baru-baru ini, kerajaan telah mengumumkan beberapa jenis bantuan dan antaranya ialah Bantuan Awal Persekolahan (BAP).

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) ini telah diperkenalkan sejak tahun 2012 bertujuan untuk meringankan beban dalam perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga.

Rujuk perkongsian ini untuk info lebih lanjut tentang pemberian Bantuan Awal Persekolahan (BAP).

Dalam perbentangan tersebut, kerajaan telah menyediakan dana sebanyak RM450 juta untuk diperuntukkan untuk program BAP tersebut yang akan memanfaatkan 3 juta pelajar sekolah.


SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

Syarat kelayakan untuk menerima bantuan awal persekolahan ini :

  • Murid adalah warganegara Malaysia
  • Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya
  • Berasal dari kategori isi rumah yang berpendapatan bulanan (kasar) sebanyak RM3,000 dan ke bawah
  • Bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK), Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK), Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Swasta (selain sekolah antarabangsa)

JUMLAH BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN

Jumlah bantuan wang tunai adalah sebanyak RM150, ia dinaikkan sebanyak RM50 berbanding RM100 pada tahun sebelum ini.

Bantuan ini akan diagihkan sebanyak RM150 untuk setiap pelajar secara sekali sahaja
(one-off) bermula pada tahun 2022.


KAEDAH PEMBERIAN BANTUAN

Bantuan ini akan diagihkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara berperingkat terus ke :

  • Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah, atau
  • Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk sekolah yang tidak memiliki Akaun KWK

KAEDAH UNTUK MEMOHON BAP

Ibu bapa hanya perlu mengemaskini kadar pendapatan terkini melalui sistem APDM untuk memaklumkan pihak sekolah dan tidak perlu mengisi apa-apa borang.

Untuk info lebih lanjut tentang Bantuan Awal Persekolahan (BAP), anda boleh layari laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). KLIK SINI


Semoga informasi dan panduan ini dapat memberi info yang jelas dan dapat membantu anda semua. Semoga bermanfaat

 

Post a Comment

0 Comments