e-Pengambilan PDRM 2021: Permohonan Polis & Cara Membuat Semakan Panggilan




KEMASKINIJAWATANMALAYSIA.COM hanya menyiarkan iklan jawatan kosong untuk memudahkan permohonan anda. Untuk memohon sila ikut langkah seperti di bawah.Calon yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh majikan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan yang diiklankan seperti di bawah.


Maklumat Jawatan Kosong:


Semakan Status Panggilan Eksesais Ujian Pemeriksaan Fizikal Pengambilan Khas Bukan Bumiputera bagi jawatan Konstabel Polis Gred YA1 (Lelaki dan Wanita) Bermula

27 September 2021 hingga 17 Oktober 2021.


Semua calon bukan bumiputera yang telah hadir Urusan Dokumentasi jawatan Konstabel Polis Gred YA1 (Lelaki dan Wanita) pada April 2021 boleh membuat semakan di Sistem e-Pengambilan PDRM.



Cara Semakan Status Permohonan Pengambilan Khas Bukan Bumiputera


Calon dikehendaki untuk ‘Log Masuk’ dan klik di ‘Semak Status Permohonan’ dan klik ‘Semak’ untuk mengetahui status panggilan dalam Sistem e-Pengambilan PDRM.

Semua calon yang telah tersenarai dan dipanggil hendaklah menyediakan dokumen-dokumen seperti di dalam Surat Panggilan Eksesais Ujian Pemeriksaan Fizikal.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung di talian help desk 03-22668348/8350/8351 seperti yang tertera di Info IG dan FB Unit Pengambilan PDRM.



Bagaimana Memohon  Online Melalui e-Pengambilan PDRM

ePengambilan PDRM ialah Sebuah portal rasmi Polis Diraja Malaysia yang mengendalikan urusan pengambilan dan permohonan jawatan polis yang ditawarkan secara sistematik.

Melalui laman web ini juga, pemohon boleh membuat semakan status panggilan pada tarikh yang dimaklumkan dengan cepat dan mudah.

Berikut dikongsikan cara membuat permohonan online bagi jawatan Polis menerusi laman web https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my.


CARA MENDAFTAR


Cara untuk mendaftar, anda boleh rujuk langkah seperti yang berikut:
  1. Anda perlu klik pada butang untuk membuat pendaftaran.
  2. Isikan maklumat pengguna lalu klik pada butang Serah.
  3. Tunggu serta semak e-mel anda untuk mengaktifkan akaun.
  4. Sekiranya tiada sebarang e-mel yang diterima, buka semula laman e-Pengambilan klik pada pautan [Tidak Terima E-mel Pengaktifan ID] bagi tujuan pengaktifan akaun.
  5. Sekiranya anda terlupa Kata Laluan, klik pada pautan [Lupa Kata Laluan].
  6. Sekiranya tiada e-mel yang diterima untuk Kata Laluan yang baru, klik pada pautan [Tidak Terima E-mel Pemulihan Kata Laluan].

SEMAKAN JAWATAN

  1. Klik pada Skim Jawatan sekiranya ingin menyemak syarat-syarat kelayakan memohon.
  2. Sekiranya anda berminat, klik pada tab Iklan untuk menyemak.
  3. Jawatan yang di buka untuk pendaftaran.
  4. Dalam tab Iklan, warna hijau adalah Jawatan yang telah dibuka untuk pendaftaran, warna merah adalah merupakan jawatan yang belum dibuka.
  5. Klik pada ikon tersebut untuk keterangan yang lebih lanjut.

LOG MASUK e-PENGAMBILAN PDRM & CARA UNTUK MENGISI BORANG

  1. Isikan pada ID Pengguna serta masukkan Kata Laluan lalu Klik pada butang Log Masuk.
  2. Klik pada menu Maklumat Peribadi, maklumat data peribadi dengan * adalah input wajib. Sila klik pada butang Simpan sebelum pergi kelangkah yang seterusnya.
  3. Dalam tab Keluarga, maklumat ibu-bapa adalah input wajib untuk permohonan ini. Sila klik pada butang Simpan sebelum pergi kelangkah yang seterusnya.
  4. Dalam tab Akademik, maklumat SPM dan PT3/PMR adalah input wajib untuk permohonan ini. Sila klik pada butang Simpan sebelum kelangkah yang seterusnya.
  5. Dalam tab Ko-Kurikulum, sekurang-kurangnya satu Ko-Kurikulum adalah merupakan wajib untuk permohonan ini. Sila klik pada butang Simpan sebelum kelangkah seterusnya.


PERMOHONAN POLIS MELALUI e-PENGAMBILAN PDRM

  1. Klik pada menu Permohonan Polis > Permohanan Baru.
  2. Sila pastikan maklumat peribadi, keluarga, akademik serta ko-kurikulum adalah betul sebelum kelangkah yang seterusnya.
  3. Dalam tab Permohonan Jawatan, sila pilih jawatan yang telah ditawarkan.
  4. Klik pada butang Simpan sebelum kelangkah yang seterusnya.
  5. Dalam tab Pengakuan, sila pastikan anda telah memilih setiap pengakuan pemohon.
  6. Dalam tab Pengesahan, sekiranya borang telah dihantar, pemohon tidak boleh dikemaskini. Oleh dengan itu, anda perlu memastikan semua maklumat adalah lengkap serta tepat.
  7. Klik pada butang Hantar Borang untuk hantar permohonan.


SEMAKAN STATUS PANGGILAN MELALUI e-PENGAMBILAN PDRM


  1. Sekiranya anda ingin menyemak status permohonan, sila klik pada menu Semak Status Permohonan.
  2. Masukkan No.KP Baru lalu klik pada butang Semak.
  3. Status Pengambilan akan dipaparkan kelak.
  4. anda mestilah cetak surat panggilan tersebut.

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut dan iklan jawatan terkini, sila rujuk laman web rasmi Polis Diraja Malaysia https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my/

Post a Comment

0 Comments