Bantuan Prihatin Kasih RM300 Untuk Semua Rakyat Malaysia



Program ini adalah bagi bertujuan untuk membantu mengurangkan kos sara hidup golongan miskin yang terjejas teruk akibat daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Untuk pengetahuan anda, melalui program ini pihak kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM100 juta untuk melaksanakan program ini yang dijangka akan memberikan manfaat kepada lebih 300,000 isi rumah di bandar-bandar utama seluruh negara.



LOKASI PEMBELIAN


Para penerima boleh membeli barangan keperluan di 300 rantaian pasar raya dan kedai seluruh negara seperti:

  1. Giant
  2. Mydin
  3. Econsave
  4. The Store
  5. Pacific
  6. Milimewa
  7. 99 Speedmart
  8. Lotus Stores (Tesco)
  9. Kedai-kedai runcit yang terpilih

BULAN PELAKSANAAN


  • Julai - September 2021: Selangor & Kuala Lumpur
  • Ogos - Oktober 2021: Kelantan, Johor, Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Perak, Melaka & Terengganu
  • September - November 2021 / Oktober - Disember 2021: Negeri Sembilan, Labuan, Pahang, Putrajaya, Sabah & Sarawak

SEMAKAN KELAYAKAN

Sila buka laman web MyKasih

  • Masukkan nombor kad pengenalan dan kod captcha
  • Tekan butang "Semak Status"
  • Keputusan kelayakan akan dipaparkan
  • Para penerima yang layak akan menerima SMS daripada MyKasih untuk mengesahkan status mereka
  • Para penerima perlu menghadiri taklimat orientasi di kedai runcit yang terlibat mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang permasalahan dan pertanyaan berkaitan Program PRIHATIN Kasih, anda boleh KLIK SINI



Post a Comment

3 Comments

  1. Tak layak tu bukan rakyat malaysia lh ye. ..

    ReplyDelete
  2. Emm perlu mohon ke...yg pnh ade bpr tu ttp kne mohon...tolongg rakyat sudah kelaparan..

    ReplyDelete
  3. Saya penerima bantuan jkm.. Oku... Saya layak ke terima..

    ReplyDelete