INFO SEMASA
Bantuan RM600 Untuk Semua Pekerja Di Malaysia Selama 4 Bulan 2021
Memandangkan respon positif berhubung dengan program ini, pihak kerajaan telah bersetuju untuk melaksanakan PSU 4.0 dengan peruntukan sebanyak RM3.8 bilion ringgit yang dijangka akan memberi manfaat kepada lebih 2.5 juta pekerja.
Pihak kerajaan akan menampung sehingga 500 pekerja bagi setiap majikan bagi tujuan membantu golongan majikan yang terkesan dari segi ekonomi akibat Covid-19 agar dapat meneruskan operasi syarikat serta mengelakkan para pekerja hilang pekerjaan dan punca pendapatan bagi semua perusahaan.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut berkenaan Program Subsidi Upah 4.0 dan bantuan ini.
PROGRAM SUBSIDI UPAH 4.0
Melalui inisiatif dan bantuan PSU 4.0 ini, pihak kerajaan akan menampung:
- 500 pekerja setiap majikan
- Kadar bayaran RM600 setiap pekerja.
- Bayaran adalah bagi tempoh 4 bulan yang mana dua bulan bagi semua sektor dalam fasa kedua PPN dan dua bulan seterusnya khusus bagi sektor-sektor yang dikategorikan dalam senarai negatif semasa tempoh fasa ketiga nanti.
Jika sebelum ini pelaksanaan PSU disyaratkan dengan had gaji di bawah RM4,000 sahaja, namun melalui PSU 4.0:
- Tiada had gaji ditetapkan.
- Majikan boleh memohon PSU 4.0 bagi pekerja yang bergaji lebih RM4,000.
CARA MEMOHON
Untuk pengetahuan anda, permohonan mestilah dilakukan oleh pihak majikan. Majikan yang ingin membuat permohonan PSU 4.0 bagi mendapatkan bayaran untuk pekerja boleh ikut seperti langkah berikut: - Permohonan boleh dikemukakan secara online - klik DI SINI
- Pihak majikan akan menerima nombor rujukan sebaik sahaja permohonan lengkap telah diisi di pautan https://prihatin.perkeso.gov.my/ dan boleh menyemak status permohonan menggunakan nombor rujukan yang diberikan.
- Senarai nama majikan yang diluluskan permohonan PSU boleh disemak di https://www.myfuturejobs.gov.my/ termasuk bilangan pekerja yang diluluskan.
KREDIT: SALAMKERJAYA
Post a Comment
0 Comments