INFO SEMASA
CARA MEMOHON BANTUAN KHAS OKU RM500 SECARA ONE-OFF TAHUN 2021
Melalui pakej KITA SELANGOR 2.0 yang telah diumumkan oleh YAB Dato' Menteri Besar Selangor pada 9 Jun 2021 yang lalu telah memperuntukkan bantuan berjumlah sebanyak RM600,000 bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU) di negeri Selangor.
Untuk makluman, bantuan khas ini akan diberikan secara one-off sebanyak RM500 kepada setiap permohonan yang diluluskan permohonan dan memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan. Sasaran sebanyak 1,200 permohonan yang layak
SYARAT & KELAYAKAN MEMOHON
Pemohon mestilah memenuhi syarat kelayakan seperti berikut:- Warganegara Malaysia
- Pemohon mestilah berumur 18 tahun dan ke atas
- Pemegang kad OKU JKM Selangor
- OKU yang terjejas sumber pendapatan akibat pandemik Covid-19
- Merupakan anak kelahiran Selangor dan menetap di negeri Selangor atau pemastautin di negeri Selangor melebihi 10 tahun.
- Permohonan bantuan ini adalah terhad kepada 1 pemohon untuk 1 keluarga
- Had maksima pendapatan isi rumah RM3,000.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
Permohonan yang dilakukan mestilah disertakan bersama dengan semua dokumen berikut:- Borang permohonan yang telah dicetak
- Cop pengesahan mastautin bagi pemohon bukan kelahiran Selangor (pengesahan boleh dibuat terus pada borang).
- Salinan kad pengenalan pemohon.
- Salinan kad OKU JKM yang berdaftar di Selangor.
- Salinan slip gaji terakhir dan surat pemberhentian pekerjaan sekiranya telah diberhentikan.
- Salinan surat pemakluman pemotongan gaji oleh majikan sekiranya gaji dipotong.
- Surat pengesahan pendapatan bagi yang tidak mempunyai pendapatan tetap (pengesahan boleh dilakukan melalui ADUN, Ahli Parlimen, Ketua Kampung / Penghulu / Ketua Taman Perumahan / Ketua Masyarakat).
- Salinan penyata akaun bank (tertera bank, nama penuh dan nombor akaun).
MAKLUMAT PENTING PERMOHONAN
Had bantuan bagi setiap permohonan adalah berjumlah RM500 bersifat one-off bagi setiap permohonan yang berjaya. Permohonan akan dibuka bermula pada 1 Julai 2021 hingga 31 Julai 2021.Permohonan hanya boleh dilakukan secara atas talian melalui laman web berikut - klik DI SINI
Adalah diingatkan bahawa selepas melakukan permohonan, borang permohonan hendaklah dicetak dan dihantar bersama dokumen yang diperlukan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan. Dokumen yang tidak lengkap akan menyebabkan permohonan bantuan tidak akan diproses.
Post a Comment
0 Comments