Bantuan RM1,000 Untuk Golongan Belia Umur 18-30 Tahun 2021





Seperti yang kita tahu, bermula 1 Januari 2021, Kementerian Sumber Manusia (PERKESO) telah melancarkan satu program untuk belia iaitu ProgramPenjana Kerjaya 2.0. Program ini dijalankan untuk membolehkan para belia yang menganggur dan tidak mempunya pekerjaan tetap, menimba pengalaman bekerja dan meningkatkan kemahiran melalui “on-the-job-training”


Program PenjanaKerjaya 2.0

Penjana Kerjaya adalah merupakan sebuah program yang dipertanggungjawabkan kepada Kementerian Sumber Manusia atau dikenali sebagai PERKESO bagi membuka peluang menambah pengalaman bekerja dalam jangka masa pendek sepenuh masa selama 3 bulan kepada golongan belia yang menganggur dan tidak mempunyai kerja tetap.


Insentif Perantisan

Insentif yang diterima bagi majikan/perantis program ini termasuklah:
  • Bayaran RM1,000 kepada majikan yang mengambil lepasan sekolah dan graduan bagi Program Perantisan.
  • Tempoh bayaran adalah selama 3 bulan dangan syarat kontrakperkhidmatan minimum 3 bulan.
  • Gaji/elaun minimum adalah RM1,200 sebulan
  • Majikan hanya boleh memohon 1 kursus latihan untuk perantis dengan kos maksimum RM4,000.
  • Pekerja juga layak menerima elaun kesediaan kerja/bantuan.

SYARAT KELAYAKAN

Syarat kelayakan bagi memasuki Program Penjana Kerjaya 2.0 adalah seperti berikut:

  • Merupakan Warganegara Malaysia
  • Lepasan sekolah/graduan yang berumur antara 18 hingga 30 tahun
  • Belia yang masih menganggur dan tidak mempunyai sebarang pekerjaan yang tetap.
  • Belia yang pernah mengikuti mana-mana Program Perantisan yang berdaftar di mana-mana jenis syarikat dan badan-badan berkanun.

Tarikh Permohonan Prohram PenjanaKerjaya 2.0

Permohonan dibuka pada 1 Januari 2021 – 30 Jun 2021.

Cara Membuat Permohonan

Kepada majikan yang berminat boleh lakukan permohonan secara atas talian melalui laman web https://penjanakerjaya.perkeso.gov.my/index.php

Kepada belia yang ingin menyertai Program Perantisan, anda boleh mendaftarkan diri sebagai pengguna dan isi setiap maklumat bagi melakukan permohonan menerusi program yang ditawarkan di portal rasmi MyFutureJobs.

MAKLUMAT TAMBAHAN

Syarikat perlulah berdaftar terlebih dahulu dan membuat iklan berkaitan kekosongan bagi pengambilan perantis di portal MyFutureJobs.
Setiap perantis yang diambil bekerja di bawah program ini perlu membuat caruman dengan pihak PERKESO.
Majikan hanya layak memohon 3 bulan insentif Penjana Kerjaya 2.0 di bawah kategori pekerja, sekiranya perantis tersebut diserap masuk sebagai pekerja tetap.

Post a Comment

4 Comments