BSH: Tarikh Bayaran Fasa 2 Dan Bayaran Tambahan

BSH: Tarikh Bayaran Fasa 2 Dan Bayaran Tambahan


Ini merupakan perkongsian tentang tarikh bayaran BSH untuk fasa 2 yang diagihkan pada bulan Mac nanti. Tarikh ini telah diawalkan dari bulan Mei ke bulan Mac nanti.

Selain itu, setiap penerima akan mendapat dana tambahan sebanyak RM100 secara tunai dan RM50 secara e-tunai yang akan dibuat pada bulan Mei nanti.

TARIKH BAYARAN BSH FASA 2 MAC 2020

Untuk pengetahuan anda, pembayaran BSH akan diagihkan pada bulan Januari, Mei dan Ogos setiap tahun.

Pembayaran BSH 2020 untuk fasa 1 telah diagihkan pada 20 Januari lepas m
anakala baki pembayaran akan dibayar pada Fasa 2 iaitu bulan Mac nanti.

Tarikh pembayaran BSH untuk fasa 3 belum lagi diumumkan secara rasmi tetapi ia diramalkan pembayaran untuk fasa 3 adalah pada bulan Ogos nanti. 

Berhubungan degan hal tersebut, pihak kerajaan telah menyediakan pembayaran sebanyak RM150 untuk setiap penerima BSH yang akan diagihkan pada bulan Mei nanti.

PERMOHONAN BARU & KEMASKINI


Ramai orang telah diumukan tentang permohonan baru atau urusan kemaskini BSH telah dibuka pada 1 Februari lalu sehingga 15 Mac 2020.

Jika anda mempunyai kelayakan, mohon BSH secara online di portal rasmi: bsh.hasil.gov.my

Permohonan secara manual boleh dibuat di mana-mana kaunter LHDN yang berdekatan.

Diwajibkan untuk membuat kemaskini jika terdapat sebarang perubahan maklumat ini :

  • Status perkahwinan termasuk kahwin, cerai atau kematian pasangan
  • Alamat surat menyurat terkini dan emel
  • Nombor telefon bimbit dan rumah
  • Maklumat akaun bank
  • Maklumat pasangan dan tanggungan
  • Maklumat waris

Untuk maklumat lebih lanjut atau ingin membuat sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi pihak LHDNM: 1-800-88-2747 atau MoF: 03-8882 4565 / 4566

Semoga perkongsian ini membantu anda semua iaitu rakyat Malaysia. Jangan lepaskan peluang terhadap bantuan kerajaan ini. 

Post a Comment

0 Comments