PERMOHONAN JAWATAN KONSTABEL POLIS GRED YT1 (LELAKI/WANITA) AWAM AMBILAN NOVEMBER TAHUN 2023 - MINIMA PMR / PT3 LAYAK MOHON.


Jawatan Kosong POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM) ~ Kepada rakyat Malaysia yang berminat untuk memohon tawaran yang ditawarkan, sila baca dan fahami dengan teliti kehendak bakal majikan sebelum memohon. Pengambilan calon dibuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang berminat dengan jawatan kosong yang dipaparkan seperti rajah diatas. Sila pastikan anda baca syarat yang dikehendaki dengan teliti sebelum memohon jawatan tersebut.

MAKLUMAT IKLAN JAWATAN KOSONG:

Jawatan Yang Ditawarkan:

1. KONSTABEL POLIS GRED YT1 (LELAKI / WANITA)
  • Nama Majikan: POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM)
  • Kelayakan Minima: PMR / PT3
  • Tarikh Tutup: 30 NOVEMBER 2023
INFO LANJUT JAWATAN KERAJAAN: KLIK SINI

KELAYAKAN FIZIKAL:

Pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:
  • Tinggi sekurang - kurangnya 163cm (Lelaki) dan 157cm (Wanita) tanpa bersepatu.
  • Berat badan sekurang-kurangnya 50kg (Lelaki) dan 48kg (Wanita).
  • Mempunyai ukuran indeks jisim badan (BMI) di antara julat 19kg/m hingga 26kg/m.
  • Ukuran lilit dada biasa 81cm (normal) dan semasa menarik nafas 86cm (lelaki sahaja).
  • Lulus ujian penglihatan bagi mata kanan dan kiri yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan alat bantuan penglihatan.
  • Pengecaman warna dang pendengaran yang tidak cacat.

CARA PERMOHONAN:

Permohonan kerja kosong baru di atas boleh dilakukan secara online. Anda hanya perlu melakukan pendaftaran secara percuma melalui pautan di bawah.
Klik pautan di bawah dan rujuk maklumat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan kerja tersebut.
Bagi permohonan kali pertama, pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat pengisian maklumat yang diperlukan dalam sistem.
Pemohon disarankan untuk mengemaskini maklumat-maklumat terkini yang diperlukan di dalam sistem ini. Calon yang disenaraikan pendek sahaja akan dipanggil temuduga.

(Rujuk iklan penuh jawatan kosong melalui pautan yang disediakan di bawah)
IKLAN PENUH JAWATAN

Post a Comment

0 Comments