Informasi
RASMI: Permohonan Rumah PPR Serendah RM124 Sebulan
PERMOHONAN RUMAH SEWA PPR RM 124 SEBULAN
Untuk makluman umum, Program Perumahan Rakyat adalah satu program Kerajaan untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah. Jabatan Perumahan Negara dibawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan adalah agensi pelaksana utama bagi projek-projek PPR di seluruh Malaysia. PPR terdiri daripada 2 kategori iaitu PPR Disewa dan PPR Dimiliki. Semua rumah yang dibina di bawah kedua-dua program PPR Dimiliki dan PPR Disewa akan menggunakan spesifikasi perancangan dan rekabentuk perumahan kos rendah yang ditetapkan dalam Standard Perumahan Kebangsaan Bagi Perumahan Kos Rendah Rumah Pangsa (CIS2).PROJEK PPR (DISEWA)
Program PPR Disewa telah diperkenalkan pada Februari 2002 bertujuan untuk disewakan kepada golongan sasaran (golongan yang berpendapatan rendah dan setinggan) pada kadar RM124.00 sebulan.
CIRI-CIRI RUMAH SEWA PPR
- Kawasan bandar-bandar besar: Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat
- Kawasan pinggir bandar: Jenis rumah teres
- Keluasan: Tidak kurang daripada 700 kaki persegi
- Binaan - 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik Air
KEMUDAHAN ASAS RUMAH SEWA PPR
- Dewan Komuniti/Ruang Orang Ramai
- Surau/Ruang Solat
- Gerai Makan/Ruang Niaga
- Tadika
- Kemudahan OKU
- Taman Permainan/Kawasan Lapang
- Rumah Sampah
SYARAT PERMOHONAN RUMAH SEWA PPR
- Pemohon dan pasangan Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun ke atas
- Pendapatan isi rumah di bawah RM3000 sebulan
- Pemohon dan pasangan tidak pernah memiliki rumah
- Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri
CARA MEMOHON PROGRAM RUMAH SEWA PPR
Permohonan Secara ManualKepada sesiapa yang ingin membuat permohonan secara manual, sila hubungi Bahagian Perancangan & Pembangunan Projek PPR untuk setiap negeri disini KLIK DISINI
Permohonan Secara Online
Sila layari laman web rasmi KLIK DISINI
Mаklumаt Lanjut & Pertanyaan
Untuk sebarang реrtаnуааn аtаu mаklumаt lanjut berkenaan Program Rumаh PPR, аndа bоlеh hubungі ріhаk bеrkаіtаn seperti bеrіkut :Jаbаtаn Pеrumаhаn Nеgаrа
Kеmеntеrіаn Pеrumаhаn dаn Kеrаjааn Tеmраtаn
Arаѕ 30-38, No.51, Pеrѕіаrаn Perdana
Prеѕіnt 4, 62100 Putrajaya
Nо. Tеlеfоn : 603-8891 4410 (Bаhаgіаn Perancangan Pеrumаhаn)
No. Fаkѕіmіlе : 603 - 8891 4045
Post a Comment
0 Comments