PERMOHONAN ONLINE RUMAH SEWA KHAS BAGI GOLONGAN PELAJAR IPT TAHUN 2022


PERMOHONAN ONLINE RUMAH SEWA KHAS BAGI GOLONGAN PELAJAR IPT 

Berita baik buat semua pelajar IPTA yang memerlukan rumah sewa berdekatan dengan kampus kini sudah boleh memohon rumah sewa khas untuk pelajar IPT menerusi Portal Rumah Siswa yang dibangunkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Untuk makluman umum, usaha ini merupakan inisiatif yang dilancarkan oleh Menteri Pengajian Tinggi , Datuk Seri Dr Noraini Ahmad pada 4 Mac 2021 untuk mengekang apa-apa yang menjejaskan keselamatan pelajar IPTA yang tidak tinggal dalam kampus.



Dengan adanya kewujudan Rumah Siswa ini dapat membantu pihak IPT untuk mentadbir, menelaras serta menguruskan keperluan serta hal ehwal berkaitan kebajikan mahasiswa yang menyewa di luar kampus.

Apa Itu Portal Rumah Siswa?

Portal Rumah Siswa merupakan sebuah platform khas yang menghubungkan pelajar sebagai penyewa kepada pemilik premis untuk mendapatkan khidmat nasihat serta memudahkan proses pencarian bilik atau rumah sewa di sekitar kampus pada harga kompetitif.

Tambahan pula, inisiatif ini dapat mengurangkan keberangkalian pelajar IPTA akan ditindas setiap kali mendapatkan rumah sewa.

IPTA Yang Terlibat

Portal ini melibatkan kerjasama daripada 20 IPTA utama di seluruh negara seperti berikut :


  • Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  • Universiti Malaya (UM)
  • Universiti Utara Malaysia (UUM)
  • Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
  • Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
  • Universiti Sains Malaysia (USM)
  • Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Universiti Malaysia Pahang (UMP)
  • Universiti Putra Malaysia (UPM)
  • Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
  • Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  • Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
  • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
  • Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
  • Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  • Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
  • Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  • Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Cara Mendaftar Rumah Siswa

  • Layari laman web https://rumahsiswa.mohe.gov.my/.
  • Klik butang ‘Daftar’ di bahagian atas kanan laman web.
  • Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar.’
  • Kemudian, log masuk ke email anda dan klik butang ‘Verify Email Address’ untuk mengesahkan email.
  • Kemudian untuk membuat carian, taip nama tempat/bandar diikuti dengan butang ‘Cari.’
  • Senarai kediaman dipaparkan untuk rujukan pelajar.

Maklumat Tambahan 

Untuk keterangan lanjut mengenai Portal Rumah Siswa, sila layari laman web https://rumahsiswa.mohe.gov.my/.

kredit : rumahsiswa.mohe.gov.my

Post a Comment

0 Comments