PERMOHONAN SKIM SMART SEWA BELI RUMAH BAGI GOLONGAN B40 TAHUN 2022


TERKINI : PERMOHONAN SKIM SMART SEWA BELI RUMAH BAGI GOLONGAN B40 

Untuk makluman, Skim smart sewa merupakan salah satu program kerajaan negeri yang telah diperkenalkan untuk membantu orang awam yang mempunyai pendapatan rendah setiap bulan untuk mempunyai rumah kediaman sendiri di negeri Selangor. Berikut merupakan maklumat mengenai permohonan skim smart sewa beli rumah bagi golongan b40. KEMASKINIJAWATANMALAYSIA.COM hanya menyiarkan untuk memudahkan permohonan anda. 

OBJEKTIF SKIM SMART SEWA

Objektif skim Smart Sewa diperkenalkan oleh kerajaan negeri adalah bagi membantu orang yang layak untuk membuat deposit dalam urusan beli rumah kediaman sendiri.

SYARAT KELAYAKAN MEMOHON 

Berikut merupakan syarat kelayakan memohon yang diperlukan untuk membuat permohonan :-

  • Pemohon yang warganegara Malaysia
  • Berusia 18 tahun dan ke atas
  • Pendapatan isi keluarga kurang daripada RM5,000
  • Pemohon merupakan suami/isteri yang bekerja serta menetap di Negeri Selangor
  • Pemohon adalah merupakan pengundi di Negeri Selangor
  • Pemohon yang tidak mempunyai rumah kediaman sendiri

TEMPOH SEWA

  • Maksimum 5 tahun
  • Minimum 2 tahun

DEPOSIT SKIM SMART SEWA

Deposit skim smart sewa termasuklah :
  • Sewa 2 bulan
  • Sewa semasa 1bulan
  • Caj utiliti

DOKUMEN SOKONGAN

Di bawah kami akan kongsikan dokumen sokongan yang diperlukan seperti :
  • Salinan kad pengenalan pasangan
  • Salinan surat nikah
  • Salinan Mykad
  • Salinan KWSP
  • Salinan penyata gaji 3 bulan terkini
  • Salinan bil eletrik & bil air
  • Salinan daftar undi

BORANG PERMOHONAN

Anda boleh mendapatkan borang permohonan melalui pautan yang telah disediakan seperti dibawah 

INFO TAMBAHAN 

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan skim smart sewa , anda boleh hubungi di talian 03 5524 0233 .

KREDIT : PERUMAHAN DAN HARTANAH SELANGOR SDN BHD 

Post a Comment

0 Comments