Informasi
Bantuan Keluarga Malaysia RM2,000 Untuk Isi Rumah Keluarga B40
Kerajaan memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) menerusi Belanjawan 2022 dengan bantuan tunai tertinggi iaitu sebanyak RM2,000 bagi mengurangkan bebanan rakyat yang terkesan dengan pandemik COVID-19
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata BKM dengan peruntukan sebanyak RM8.2 bilion, bakal memanfaatkan kira-kira 9.6 juta penerima yang akan membabitkan isi rumah mempunyai tiga anak dan lebih, selain purata pendapatan bulanan di bawah RM2,500 sebulan.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Bantuan keluarga Malaysia yang diumumkan secara rasmi melalui laman web rasmi Bajet 2022:
Jumlah Bantuan BKM Isi Rumah 2022
Melalui pembentangan Belanjawan 2022, bantuan akan diberi berdasarkan empat kategori berikut:Isi Rumah RM2,500 dan kebawah:
- RM2,000: Lebih 3 orang anak
- RM1,500: 1-2 orang anak
- RM1,000: Tiada anak
- RM800: Lebih 3 orang anak
- RM600: 1-2 orang anak
- RM400: Tiada anak
Tambahan Kadar Isi Rumah:
- RM300: Warga Emas
- RM500: Ibu/Bapa tunggal dengan tanggungan
Syarat Kelayakan Pemohon Isi Rumah BKM
Berikut adalah syarat kelayakan pemohon isi rumah BKM:- Sudah Berkahwin
- Ibu bapa tunggal/ balu/ janda / duda yang mempunyai anak yang menepati syarat dan
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah
Tarikh Pembayaran BKM
Setakat ini tiada tarikh terperinci bilakah pembayaran BKM 2022 akan dilaksanakan. Namun begitu, pembayaran dijangkan akan bermula pada bulan Mac 2022. Kami akan kongsikan maklumat pembayaran kepada anda dari semasa ke semasa.Cara Membuat Permohonan BKM
Untuk Pengetahuan anda, data penerima BPR 2021, BKC B40 dan data pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima GKP akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk semakan kelayakan.Namun begitu, permohonan baharu BKM perlu dibuat sekiranya tiada rekod dalam pangkalan data sedia ada LHDNM manakala bagi penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat, kemas kini hendaklah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan.
Permohonan boleh dibuat di https://bkm.hasil.gov.my/
Post a Comment
0 Comments