Informasi
PERMOHONAN BANTUAN SURI RUMAH GOLONGAN B40 SEBANYAK RM480 TAHUN 2022
Untuk makluman umum, golongan suri rumah kini boleh memilih untuk mencarum di KWSP dengan insentif khas di bawah i-Suri. i-Suri bertujuan bagi memastikan kesejahteraan golongan suri rumah serta mengiktiraf sumbangan mereka kepada ahli keluarga dan pembangunan negara. Tambahan pula, suri rumah boleh mendapatkan faedah dalam i-Suri KWSP. Berikut akan dikongsikan tentang faedah, golongan yang layak, syarat kelayakan dan cara untuk pendaftaran.
FAEDAH i-SURI
- Menerima sumbangan kerajaan sebanyak RM480 /setahun
- Caruman dalam apa-apa amaun dan pada bila-bila masa mengikut kemampuan mereka dan masih boleh membuat pengeluaran mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.
- Menerima dividen tahunan KWSP
- Bantuan Kematian: RM2,500
- ** tertakluk kepada terma dan syarat KWSP
GOLONGAN YANG BOLEH MENCARUM
- Diri sendiri (isteri)
- Suami kepada pasangan yang layak
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
- Warganegara Malaysia
- Belum mencapai umur 60 tahun
- Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR)/Wanita (KIR)
- Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat 30 November 2020
- Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP
CARA DAFTAR I-SURI KWSP
Anda boleh melakukan pendaftaran dengan cawangan KWSP berdekatan dengan tempat anda dengan membawa bersama borang permohonan yang dimuat turun menerusi pautan seperti berikut:- MyKad
- Borang i-Suri KWSP 16G (M) (Pendaftaran Kali Pertama Sahaja)
- Borang i-Suri KWSP 6A (2) (Semasa Pembayaran)
INFO TAMBAHAN
Untuk mengetahui maklumat lanjut berkaitan i-Suri KWSP anda boleh melayari laman webhttps:www.kwsp.gov.my/
Post a Comment
1 Comments
Very good 👍👍
ReplyDelete