Informasi
CARA MEMBUAT SEMAKAN BAGI TARIKH PEMBAYARAN I-CITRA DISEMBER 2021
SEMAKAN TARIKH PEMBAYARAN I-CITRA DISEMBER 2021
Seperti yang telah kita sedia maklum, bulan Disember sudah hampir tiba. Ramai yang tertanya-tanya tentang bilakah tarikh bayaran i-Citra bulan keempat akan dikreditkan ke akaun masing-masing. Untuk pengetahuan umum, sama seperti i-Sinar, bayaran akan diterima mengikut kategori permohonan dan tarikh kelulusan masing-masing.KEMASKINIJAWATANMALAYSIA.COM hanya menyiarkan untuk memudahkan anda membuat sebarang semakan.
Cara untuk membuat semakan melalui laman web i-Citra:
Tarikh Pembayaran i-Citra
Sama seperti bulan-bulan sebelum ini, jika pada bulan November tarikh pembayaran i-Citra jatuh pada tanggal 1 November, maka pembayaran untuk bulan Disember juga akan jatuh pada tanggal 1 Disember nanti. Pengkreditan amaun ke bank ahli akan mengambil tempoh masa 1 – 3 hari bekerja dan bergantung kepada prosedur bank.Jadual Bulanan Pembayaran i-Citra
Seperti i-Sinar, pembayaran i-Citra juga adalah seperti berikut:- Tarikh pembayaran bulan pertama akan sama dengan tarikh pembayaran bulan kedua dan seterusnya.
- Jika lambat, bayaran akan dikreditkan dalam tempoh maksimum 2 minggu atau sebelum akhir bulan berkenaan.
- Menurut pegawai KWSP, pemohon boleh membuat semakan status untuk info lanjut dan maklumat terkini tentang pembayaran.
Cara Semakan Status i-Citra
Semakan i-Citra boleh dibuat melalui dua kaedah iaitu melalui laman web i-Citra atau i-Akaun.Cara untuk membuat semakan melalui laman web i-Citra:
- Sila ke laman web i-Citra KWSP di https://icitra.kwsp.gov.my/
- Klik pada butang SEMAK STATUS
- Isikan maklumat yang diminta
- Status permohonan & maklumat pembayaran akan dipaparkan
- Sila ke aplikasi i-Akaun di https://www.kwsp.gov.my/en/ilogin/login-member
- Log masuk menggunakan ID dan Kata laluan yang telah didaftarkan
- Kemudian semak bahagian PENGELUARAN / WITHDRAWAL
- Klik pada WITHDRAWAL HISTORY
- Seterusnya klik pada paparan yang ada bertulis i-Citra
- Tarikh bayaran akan dipaparkan seperti contoh di bawah
Post a Comment
0 Comments