BKSS 7.0: Permohonan Bayaran RM10,000 Untuk Peniaga Secara One-Off - Daftar Sekarang!


 

Bantuan RM10,000 One-Off Untuk Peniaga

Dapat memberi bantuan kewangan Sebanyak RM10 ribu ringgit secara one-off untuk perniagaan aktif yang telah berdaftar di Sarawak dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Setakat 31 Disember 2021 lebih kurang 40 ribu perniagaan yang melibatkan kos RM400 juta bagi membantu kelangsungan perniagaan seperti perbelanjaan operasi, sewa serta upah pekerja terutama perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Syarat Kelayakan

Perniagaan aktif yang telah berdaftar di Sarawak dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) setakat 31 Disember 2020.

Tarikh Pembayaran BKSS 7.0

Bayaran bantuan sebanyak RM5000 akan mula diagihkan pada bulan Oktober serta baki RM5000 pada Disember 2021.

  • Fasa 1: RM5000 Oktober 2021
  • Fasa 2: Baki bayaran RM5000 akan dibayar pada bulan Disember
Bantuan akan didepostikan terus ke akaun rasmi bank syarikat yang berdaftar dengan PERKESO.


Semakan Kelayakan PKS Sarawak

Kerajaan Sarawak akan memaklumkan kepada PKS yang layak menerima inisiatif One-Off RM10,000 BKSS 7.0 melalui surat-menyurat kepada alamat yang berdaftar yang telah dikemukakan oleh pihak PERKESO.

Ini contoh surat yang anda terima sekiranya PKS anda layak untuk menerima bantuan.





Cara Permohonan BKSS 7.0


Anda perlu untuk melayari laman web rasmi kerajaan Sarawak https://sarawak.gov.my/ bermula 7 Oktober 2021.

Kemudian, muat naik borang dan dokumen yang diperlukan seperti dalam surat seperti di atas

Pemohon perlu mendapatkan Sarawak ID bagi melengkapkan permohonan.


Tarikh Akhir Permohonan

Anda perlu untuk melengkapkan dokumen portal https://sarawak.gov.my/ sebelum 22 Oktober 2021.


Maklumat Lanjut
Layari web rasmi Sarawak untuk sebarang rujukan lanjut di pautan https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/278/333/

Post a Comment

0 Comments