Program Perantisan : Bantuan RM 800 Kepada Individu Belum Bekerja





Program Perantisan


Program yang dikenali sebagai PERANTISAN ini ialah terbuka kepada belia yang belum bekerja untuk memohon di bawah program ini yang telah dilaksanakan pada PEMERKASA lepas.

Program ini telah ditambah baik selepas mendengar maklum balas daripada pihak industri. Oleh itu, Program Perantisan PERKESO yang dibawah PenjanaKerjaya 2.0 adalah lebih baik daripada program sebelumnya.

Sebagai contoh, Program Perantisan telah memanjangkan tempoh sehingga 6 bulan untuk memastikan belia mendapat latihan yang mencukupi.

Jumlah Bantuan

Kepada permohonan baharu, tempoh latihan akan diberikan sehingga 6 bulan. Manakala insentif yang bakal diterima ialah sebanyak
  • RM 800

Tarikh Permohonan

Permohonan sudah dibuka bermula

  • 1 April lalu

Syarat-Syarat Yang Diperlukan

1) Syarat Majikan

  • Majikan hanya menggajikan graduan atau lepasan sekolah di antara 18-30 tahun sahaja.
  • Majikan boleh menggajikan mana-mana Perantis yang mengikuti Program Perantisan yang dilaksanakan oleh badan-badan yang berkelayakan.
  • Setiap perantis yang tersenarai hanya boleh ikuti 1 kursus sahaja.
  • Selain itu, majikan yang mengambil perantis di bawah PenjanaKerjaya layak memohon untuk pekerjanya menjalani latihan semula atau peningkatkan kemahiran berdasarkan keperluan pekerjaan.
2) Syarat Perantis

  • Calon adalah seorang dari kalangan lepasan sekolah atau
  • Graduan yang masih menganggur

Tidak Layak Memohon

Anda tidak layak memohon sekiranya :

  • Syarikat yang mengambil pelajar Internship
  • Bukan warganegara Malaysia
  • Pelajar yang belum tamat pengajian

Cara Permohonan

1. Untuk Majikan

Daftar dan iklankan kekosangan pekerjaan di portal rasmi pengambilan perantis
https://www.myfuturejobs.gov.my
Buat permohonan insentif di laman sesawang
https://www.perkeso.gov.my

2. Perantis / Pemohon

Memohon pekerjaan di bawah program pengambilan perantis
https://www.myfuturejobs.gov.my/ms/halaman-utama/

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkaitan program di atas, anda boleh hubungi di talian

1-300-22-8000


Post a Comment

3 Comments

  1. Macam mana cara untuk memohon bantuan rm800 bagi individu yang belum bekerja

    ReplyDelete
  2. menipu je link pon tak bagi

    ReplyDelete
  3. Salam.. Mcm mana hendak membuat permohonan bantuan ini..

    ReplyDelete