[RASMI] PERMOHONAN RUMAH SKIM JAMINAN KREDIT PERUMAHAN (SJKP) 2020


PERMOHONAN RUMAH SKIM JAMINAN KREDIT PERUMAHAN


Tahukah anda walaupun bergaji bersih RM1,000 sebulan, anda mampu membeli rumah sendiri di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan atau SJKP. Ramai yang tertanya- tanya, bagaimana cara untuk memohon Rumah Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) ni? Anda nak impian memiliki rumah pertama menjadi nyata? Apa dia SJKP ni sehingga boleh jadikan cita-cita anda memiliki rumah pertama tercapai?Berikut adalah dikongsikan tentang permohonan Rumah Skim Jaminan Kredit Perumahan (sjkp) 2020 buat rujukan anda.

Apakah Itu Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)?

Untuk makluman, Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP Berhad) merupakan syarikat milik penuh Menteri Kewangan, diperbadankan pada 6 Disember 2007. Tujuan penubuhannya adalah bagi mengatasi masalah kesukaran yang dialami oleh mereka yang tidak berpendapatan tetap, seperti petani dan peniaga kecil, dalam mendapatkan kemudahan kewangan bagi membeli rumah kediaman mereka.

Malah lebih menarik lagi, pemohon yang tiada penyata pendapatan bulanan seperti nelayan, petani, operator kilang, peniaga kecil, pemandu teksi, dan pekerja am masih berpeluang memiliki rumah pertama berharga RM300,000 ke bawah melalui SJKP.

Terbaru, Bank Muamalat telah melancarkan skim Smart Mortgage-SJKP dengan peruntukkan sebanyak RM70 juta kepada 300 pelanggan yang akan menikmati pembiayaan 100% daripada harga belian.

Justeru, skim ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas. Tempoh pembiayaan perumahan SJKP sama seperti bank iaitu 35 tahun atau usia peminjam 65 tahun, mana-mana yang terdahulu.

Bagaimana Untuk Memohon Rumah Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) 2020 ?


Proses permohonan / pendaftaran skim perumahan SJKP adalah seperti berikut:
  1. Mengenalpasti rumah yang ingin dibeli dan mendapatkan dokumen berkaitan seperti draf perjanjian jual beli / resit bayaran tempahan.
  2. Dapatkan surat pengesahan pendapatan daripada individu yang dibenarkan (Pegawai Kerajaan Kategori A, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Penghulu atau wakil yang terpilih). Surat itu hendaklah menyatakan nama, nombor kad pengenalan, sumber pendapatan, purata pendapatan bulanan, tempat perniagaan dan tempoh berniaga. Sila dapatkan dua surat berasingan sekiranya kedua-dua suami dan isteri mempunyai sumber pendapatan berasingan. Untuk kakitangan bergaji, sila bawakan penyata gaji dan penyata EPF.
  3. Menyediakan dokumen sokongan sumber pendapatan seperti penyata akaun simpanan, Lesen Perniagaan, Kad Pendaftaran Nelayan atau rumah geran tanah (untuk aktiviti pertanian) atau lain-lain dokumen sokongan aktiviti jual beli.
  4. Sila bawa semua dokumen yang dinyatakan dan mohonlah pembiayaan perumahan dimana-mana cawangan institusi-institusi kewangan yang terdekat yang menyertai skim jaminan ini.

Institusi kewangan manakah yang terlibat ?


  • Affin Bank
  • Affin Islamic
  • Agro Bank
  • Alliance Bank
  • Alliance Islamic Bank
  • AmBank Group
  • AmIslamic Bank
  • Bank Islam
  • BSN
  • Bank Rakyat
  • Hong Leong Bank
  • Hong Leong Islamic Bank
  • Maybank
  • Maybank Islamic
  • Bank Muamalat
INFO TAMBAHAN :Permohonan mestilah dibuat di mana-mana cawangan institusi-institusi kewangan yang turut serta dalam skim ini dan bukan secara terus ke pejabat SJKP Berhad.

Apakah Syarat Kelayakan Untuk Memohon (SJKP) ?


  1. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas
  2. Berpendapatan tidak tetap seperti peniaga kecil, petani, pemandu teksi, nelayan dll atau berpendapatan tetap (tertakluk kepada RM200.0 juta yang pertama sahaja). Pinjaman bersama dibenarkan.
  3. Pembelian kali pertama rumah kediaman kos rendah / sederhana / mampu milik dan untuk didiami.
  4. Pembelian rumah kediaman baru/didalam pembinaan atau sedia ada atau lelongan.
  5. Pendapatan purata kasar minima RM1,000 sebulan.
  6. Mesti bermastautin di dalam lingkungan 20km daripada cawangan institusi kewangan tempat permohonan dibuat.
  7. Pembayaran bulanan kesemua pinjaman < 65% daripada pendapatan kasar.
  8. Rekod tunggakan CCRIS < 2 bulan bagi tempoh 12 bulan terkini.
  9. Tiada rekod-rekod negatif lain bagi tempoh 24 bulan terkini.
(Untuk mengetahui lebih lanjut soalan lazim tentang SJKP boleh rujuk link dibawah)

RUJUK SINI


Post a Comment

0 Comments